Kajian Kepuasan Pengguna Terhadap Sistem eRating (eRating) Tahun 2025


Sistem eRating telah dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) bagi memudahkan agensi kerajaan mendapatkan penilaian dan maklum balas daripada pelanggan terhadap perkhidmatan kaunter yang diberikan. Sistem ini membolehkan pelanggan yang berurusan di kaunter atau premis kerajaan untuk menilai perkhidmatan secara elektronik. Maklum balas yang diterima dapat dipantau oleh agensi secara atas talian dan laporan dapat dijana dengan pantas.

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi menilai tahap kepuasan dan impak pelaksanaan sistem ini di kementerian dan agensi kerajaan serta mengenal pasti cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Metodologi atau pendekatan yang digunakan bagi pengumpulan maklumat kajian ini adalah kuantitatif iaitu menerusi soal selidik yang diedarkan kepada agensi untuk maklum balas.

Soal selidik yang dilaksanakan ini secara atas talian di pautan berikut Kaji Selidik Kepuasan Terhadap Sistem eRating . Kajian ini bermula pada 15 Oktober 2025 dan dijangka selesai 31 Oktober 2025.

eRating versi 3.0 JDN 2025