Penggunaan ciri Kod QR sebagai alternatif kepada penggunaan Tablet


Sistem eRating versi 1 & 2 menggunakan Tablet sebagai paparan di kaunter bagi membolehkan pengguna membuat penilaian terus melalui Tablet tersebut berdasarkan perkhidmatan yang diterima.

Tidak dinafikan penggunaan Tablet ini amat mudah bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada agensi yang memerlukan perkhidmatan eRating. Namun demikian, masalah-masalah yang timbul di sebalik penggunaan Tablet menyebabkan pasukan eRating perlu mencari alternatif lain yang boleh menyokong penggunaan ini.

Teknologi Kod QR adalah pilihan yang tepat sebagai alternatif kepada penggunaan Tablet. Agensi terlibat hanya perlu mencetak Kod QR yang disediakan oleh sistem dan dipaparkan di kaunter untuk membolehkan pelawat mengimbas menggunakan telefon bimbit dan seterusnya memberikan rating kepada perkhidmatan yang diterima.

Rajah alir di bawah menerangkan proses bagaimana agensi boleh mengaktifkan dan seterusnya menggunakan fungsi Kod QR ini.

Card image cap
Langkah 1

Masukan Nama Pengguna & Kata Laluan kemudian klik 'Log Masuk' untuk masuk ke sistem eRating

Card image cap
Langkah 2

Pada menu utama sebelah kiri, pilih menu 'Senarai Agensi'

Card image cap
Langkah 3

Senarai Agensi akan dipaparkan. Pilih 'Papar' pada senarai agensi yang memerlukan Kod QR

Card image cap
Langkah 4

Pop-up agensi berkenaan akan dipaparkan. Pilih tab 'Pengguna'

Card image cap
Langkah 5

Senarai pengguna bagi agensi berkenaan akan dipaparkan. Pilih 'Papar' pada senarai pengguna yang memerlukan Kod QR

Card image cap
Langkah 6

Maklumat pengguna berkenaan akan dipaparkan. Pilih butang 'Qrcode' pada paparan tersebut

Card image cap
Langkah 7

Kod QR akan dijana dan dipaparkan. Klik butang 'Cetak' untuk mendapat cetakan reka bentuk paparan Kod QR

Card image cap
Langkah 8

Reka bentu paparan dan Kod QR sedia untuk dicetak. Seterusnya anda boleh meletakan cetakan ini di kaunter yang berkenaan untuk digunakan.

Video penggunaan eRating versi Kod QR


eRating versi 3.0 MAMPU 2022